Aduan masalah duit BR1M 2017 belum dapat sila guna saluran betul

12:50 Redaksi Admin

Aduan BR1M Terkini

Pemohon baru dan penerima sedia ada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2017) dinasihatkan menggunakan saluran yang betul dalam usaha untuk mengemukakan masalah yang dihadapi

Antara masalah utama dihadapi oleh pemohon baru dan penerima BR1M sedia ada, antaranya seperti berikut

Status permohonan memaparkan LULUS / BERJAYA tetapi duit BR1M belum dikreditkan atau dimasukkan ke dalam akaun bank simpanan penerima

ADUAN MASALAH DUIT BR1M 2017 TIDAK DAPAT LAGI

Jika anda menghadapi masalah ini, sila fahami dahulu info dan kenyataan yang disertakan dibawah sebelum mengemukakan sebarang aduan

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi setiap Permohonan Yang Berjaya / Lulus akan diagih secara berperingkat-peringkat mengikut kelompok atau kumpulan
Kecepatan pengkreditan duit bantuan BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
Bagi mereka yang tiada nombor akaun dan tidak memberikan maklumat akaun bank semasa membuat permohonan baharu / kemaskini, surat kelulusan (Baucar BR1M 2017) akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Untuk makluman, pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Sekiranya duit BR1M tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun penerima disebabkan masalah sistem atau sebagainya, surat makluman lulus gagal kredit akan dihantar ke alamat penerima dan perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN)
Nota AdminMaklumat ini hanya untuk permohonan BR1M 2017 yang sudah disahkan LULUS / BERJAYA setelah membuat semakan status permohonan
Sila Klik LinkJadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran BR1M 2017
Sila Klik LinkSemakan Keputusan Kelulusan BR1M 2017 Dan Status Permohonan

CONTOH LAMPIRAN PENERIMA SUDAH DAPAT DUIT BR1M 2017
InfoAkan disertakan kemudian

Cara Buat Aduan Masalah Duit BR1M 2017 Belum Dapat
Cara yang paling berkesan bagi membuat aduan berkaitan masalah duit BR1M 2016 belum dapat lagi pada tarikh yang sepatutnya diterima adalah dengan mengunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah yang dihadapi oleh anda itu (cara ini lebih efisien)
Ataupun menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan)
Sekiranya anda meluahkan masalah berkaitan BR1M yang dihadapi itu menerusi ruangan komen blog, ia tidak dapat membantu anda menyelesaikan masalah tersebut kerana admin blog terbabit bukannya dari pihak LHDNM
Melainkan anda sendiri membuat aduan dengan menggunakan cara yang betul menerusi saluran rasmi sepertimana dinyatakan oleh MYsumber sebelum ini
Peringatan Penting!
Anda dinasihatkan tidak mendedahkan atau memberikan sebarang butiran peribadi / identiti antaranya seperti No Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Akaun Bank dan Nomber Telefon di ruang komen blog yang memberikan info berkaitan BR1M
Ini kerana, jika anda membuat demikian, maklumat yang diberikan oleh anda itu akan terdedah kepada umum dan ia mungkin akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
Jangan menambah lagi masalah yang sedia ada disebabkan sikap ambil mudah anda
Sehubungan dengan itu, sila menggunakan saluran yang betul dan rasmi bagi menyelesaikan masalah duit BR1M anda yang belum dapat lagi
Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share