hit counter
weblog mysumber

aktor bollywood aamir khan selamat menunaikan haji

16:31 Redaksi Admin
Aktor Bollywood Aamir khan selamat menunaikan haji – gambar

Pelakon yang suatu ketika dulu popular di Malaysia ketika demam filem bollywood melanda negara ini,Amir Khan selamat kembali ke India pada Jumaat lalu selepas selesai mengerjakan ibadah haji bersama ibunya, Zeenat Hussain

aamir khan menunaikan haji di mekah 2012aktor bollywood aamir khan selamat menunaikan haji

Aamir dan Zeenat dilihat tiba di sebuah lapangan terbang bersama enam pengawal peribadi aktor itu di sambut meriah oleh peminatnya

Amir Khan juga telah mengotakan janjinya untuk membawa ibunya mengerjakan haji

Aamir dalam satu kenyataan telah melahirkan perasaan gembira selepas menunaikan haji dan dilihat melambai dan menguntumkan senyuman pada peminat. Aamir turut dilihat berbual dengan jemaah haji lain yang tiba bersamanya

Aamir juga dikatakan sentiasa berada bersama ibunya semenjak di tanah suci lagi kerana dilaporkan gusar dengan kesihatan ibunya

Sumber berkata Aamir sentiasa risaukan kesihatan ibunya sepanjang kunjungan mereka ke sana. Tetapi mereka pulang dengan selamat. Dia (Aamir) menjalankan tanggungjawab sebagai anak, menolak kerusi roda ibunya sepanjang waktu di Mekah

Terdahulu,mereka berangkat ke Mekah pada 19 Oktober selepas selesai pelancaran lagu untuk filem terbaharunya, Talaash

Sebagai rekod ini merupakan ibadah haji yang pertama pelakon tersebut

Aamir merupakan salah seorang pelakon paling popular Bollywood ekoran kejayaannya menerusi filem Lagaan, Rang de Basanti dan Three Idiots