Jumlah Keseluruhan Calon Dapat A SPM 2015

Pendidikan

Pendidikan

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2015 menyaksikan seramai 9,721 calon mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki

Pencapaian keseluruhan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 menurun berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.15 mata berbanding 5.08 pada 2014, menurun sebanyak 0.07

Terdahulu pencapaian SPM tahun 2014, seramai 11,289 calon mendapat keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki

Penurunan pencapaian SPM 2015 juga dipengaruhi oleh jumlah calon yang menduduki SPM 2015 yang lebih rendah iaitu 440,682 calon berbanding 455,839 calon pada tahun 2014

Carta Indeks Gred Purata Nasional (GPN) Tahun 2010 – 2015

Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). sekiranya nilai GPN semakin kecil ia menunjukkan pencapaian yang lebih baik

  • 2010 : 5.19
  • 2011 : 5.04
  • 2012 : 5.08
  • 2013 : 4.93
  • 2014 : 5.08
  • 2015 : 5.15

Faktor lain yang turut menyumbang kepada penurunan calon yang mendapat keputusan cemerlang dan GPN ialah perubahan dalam format soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang memerlukan kemahiran berfikiran kreatif daripada calon

Jurang Pencapaian Calon SPM 2015 Di Bandar Dan Luar Bandar

Jurang pencapaian calon di bandar dan di luar bandar pula mengecil sebanyak 0.05 iaitu 0.50 pada tahun 2015 berbanding 0.55 pada tahun 2014

Jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar mengikut nilai GPN pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 seperti carta berikut

TahunBandarLuar BandarJurang
20144.855.400.55
20154.945.440.50

Berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) tahun 2015, 38 daripada 73 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 34 mata pelajaran menurun manakala, satu mata pelajaran mengekalkan prestasi berbanding tahun 2014

Sebanyak 346,681 calon peperiksaan SPM 2015 yang pertama kali menduduki dan mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran teras layak dianugerahkan sijil

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 316,506 adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran manakala selebihnya, 30,175 adalah calon selain sekolah kerajaan

Video Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan