hit counter
weblog mysumber

aplikasi android undi pru 13 di google play store

22:35 Redaksi Admin
Download Aplikasi Android maklumat undi PRU 13 di Google Play store atau Apple App Store

Seiring dengan perkembangan teknologi terkini,impaknya turut dirasai pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang diadakan pada tahun 2013

Kini maklumat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 boleh diakses dengan lebih mudah menerusi aplikasi telefon pintar yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan generasi celik teknologi maklumat

android undi pru 13aplikasi android undi pru 13 di google play store

Aplikasi  itu dinamakan Undi PRU13  ia telah dicipta oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan, Appandus Sdn Bhd dan boleh dimuat turun pengguna secara percuma melalui Google Playstore atau Apple App Store

Kelebihan pada aplikasi ini adalah ia menyediakan maklumat antara lain, kedudukan 727 kawasan pilihan raya kecuali kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak, nama bekas dan penyandang kerusi Parlimen dan kerusi DUN, nama parti serta carian fleksibel untuk apa-apa maklumat lain

Maklumat tersebut dikumpul dan disusun daripada data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Wikipedia

Selain itu pengguna aplikasi juga akan dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan PRU13 serta kempen ceramah

Untuk memuat-turun menerusi laman web sila layari (klik) Undi PRU13 Malaysian Election