adda butterfly diceraikan melalui telefon
Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin
Adda yang ditemui media ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem ‘Mael Lambong’ mengesahkan perkara tersebut

Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja
Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang
Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami. Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan,jelasnya
Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu. Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja
Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui