adi putra mohon taraf penduduk tetap
Pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster,Adi Putra ada membuat permohonan status penduduk tetap (PR) negara ini.Menerusi laporan akhbar mstar online, Adi telah memberitahu telah memohon status PR Malaysia sejak berkahwin dengan Aida Yusof seorang warga tempatan enam tahun lalu
Saya tidak nafikan ada membuat permohonan tetapi saya tidak pernah beritahu kerana terlalu peribadi selain melibatkan kerajaan Malaysia
Jadi, saya perlu hormat dan mengikut undang-undang negara ini dan buat masa ini saya hanya tunggu kelulusan,katanya
Dalam pada itu, Adi berkata, sepanjang 10 tahun dia berkecimpung dalam industri seni tempatan dia mengakui statusnya sebagai orang luar tidak pernah menghalang perkembangan kerjaya seninya di negara ini
Namun ada batasnya seperti sesetengah majlis anugerah hanya untuk warga tempatan, itu saya perlu hormat,ujarnya
Terdahulu pelakon Aaron Aziz menerima status penduduk tetap (PR) negara ini, kini seorang lagi selebriti warga Singapura yang juga pelakon terkenal, Adi Putra menyuarakan hasrat untuk mendapatkan status sama