aisha juara bintang rtm 2012 video

Aisha juara bintang RTM 2012 video – BRTM

Aisha Masnamimi Safia@Shafie (Aisha) dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir Bintang RTM (BRTM) 2012 yang berlangsung pada malam Ahad,8 Julai

juara brtm 2012 aisha juara bintang rtm 2012 video

Dari kiri – Fitri,Aisha dan Hafsham

Persembahan mantap dan penuh penghayatan Aisha yang berumur 23 tahun menerusi lagu Kisah Hati nyanyian asal Alyah dan sebuah lagu baru ciptaan Omar K dan Slen berjudul Fantasia berjaya menambat hati enam juri profesional

Malah sorakan para hadirin yang teruja dengan aksi persembahan menarik Aisha turut menggamatkan Auditorium Perdana, Angkasapuri tempat berlangsungnya BRTM 2012

Selain bergelar juara, Aisha juga turut menerima anugerah Bintang Paling Popular BRTM 2012 dan pemilihan adalah berdasarkan undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton

Sebagai juara BRTM 2012, Aisha membawa pulang sebuah kereta Cherry Tiggo, wang tunai RM20,000, rantai dan loket bernilai RM5,000, telefon pintar Samsung Galaxy Note, jam tangan Casio berserta trofi dan sijil

Video lagu baru berjudul Fantasia

Persembahan Ramlah Ram feat SleeQ

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca