awal ashaari dan scha al yahya nikah 4 mei 2012

Awal Ashaari dan Scha Al Yahya nikah 4 Mei 2012

Awal Ashaari akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman, Putrajaya

Berita ini diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang kira-kira pukul 3.30 petang Selasa

awal dan scha awal ashaari dan scha al yahya nikah 4 mei 2012

Gambar Awal dan Scha di majlis pengumuman tarikh pernikahan mereka

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012

Awal atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat memperisterikan Scha selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan

Sebenarnya saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei lalu. Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya, katanya

Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir pula memberitahu, dia juga bersyukur apabila ada beberapa pihak yang sudi menaja perkahwinan mereka