awal dan scha di bulan puasa dan persiapan hari raya
Detik manis yang dilalui pasangan romantis ini berkongsiĀ pengalaman dalam menjalani ibadah puasa bersama sebagai pasangan suami isteri.Bagi mereka ia adalah sesuatu perkara yang sangat menyeronokkan pada ramadhan tahun ini
Menariknya Awal turut menceritakan mengenai cara Scha mengejutkannya dari tidur untuk bersahur iaitu dengan cara mengeletek awal sehingga bangun

Gambar terbaru Awal dan Scha
“Cara Scha kejut sahur tidak terasa kerana dia akan menggeletek saya sehingga saya bangun. Jika tidak dia akan begurau dengan mempercepatkan waktu di jam bagi menakut-nakutkan saya bahawa waktu bersahur hampir tamat. Walau bagaimana pun dia berjaya buat saya tertipu dan akhirnya bangun,”ujarnya
Sementara itu, Scha Al-Yahya pula memberitahu dia gembira kerana sudah berpeluang memasak untuk suami tercinta dengan menyediakan juadah kegemaran Awal
“Saya masak lauk yang ringkas sahaja iaitu sambal goreng ikan bilis dan juga sotong goreng kunyit, tetapi Awal sangat suka masakan sotong goreng kunyit saya. Kami masak bersama di dapur. Saya masak dan Awal tolong kritik. Dia suka mengkritik dan apa yang saya sediakan itu banyak mengikut citarasanya berbanding saya
“Namun saya gembira kerana kami banyak habiskan masa bersama dalam menjalani ibadah puasa termasuk dapat melakukan terawih bersama-bersama,” jelasnya Scha
Awal dan Scha yang hingga kini masih menunggu rezeki untuk menimang cahaya mata telah berkahwin pada 4 Mei lalu
Awal turut berkongsi cerita mengenai persiapan dalam menyambut Aidilfitri menerusi buat santai bersama budiey.com