drama semua boleh bolt lakonan khairul fahmi
Apek telah mencabar dirinya untuk melakonkan watak sebagai pengawal keselamatan untuk drama pendek yang telah pun disiarkan di laman Youtube.Lebih mencabar lagi, Apex telah diberi peranan untuk menjadi warga asing berasal dari Nepal

Sungguhpun Apex sebelum ini pernah muncul dalam muzik video penyanyi Andi A Merican, watak yang diberikannya dalam cerita ini lebih mencabar kerana Apex perlu banyak bermain dengan riak wajah dan emosi
Malah, Apek juga perlu melafazkan skrip dalam dialog warganegara Nepal.Menerusi drama pendek berkenaan, Apex memainkan peranan sebagai pelakon utama dan berlakon bersama penyampai radio popular, Fabes Fly FM
Disamping Fabes, pelakon kacak, Zain Saidin turut sama membuat penampilan istimewa bersama seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli
Difahamkan, drama pendek berjudul Semua Boleh Bolt itumempunyai empat siri yang mana siri pertama sudah pun disiarkan sejak semalam.Jadi apa tunggu lagi, nilailah sendiri lakonan Apex sambil bergelak ketawa menyaksikan wataknya yang lucu