fasha sandha akan kahwin di bali pada 29 april 2012?
Aktres popular, Fasha Sandha dan pasangannya, Rizal Ashram Ramli, 36, akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini
Sumber berkata, persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai, malah busana pengantin serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun
Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar
Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.
Mengikut perancangan, busana pengantin mendapat sentuhan pereka tempatan popular,Rizman Ruzaini, manakala kepercayaan untuk menyolek wajah bakal pengantin pula diberikan kepada jurusolek kegemaran ramai artis ternama, Tiar Zainal,katanya
Bagaimanapun, finalis Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, genap berusia 28 tahun pada 28 Mac ini tidak dapat dihubungi kerana sibuk di lokasi penggambaran drama berjudul Seindah Sakura
Desas-desus mengenai berita pernikahan dan persandingan pasangan sensasi yang sudah lima tahun menjalin cinta itu semakin hangat apabila laman sosial menyiarkan gambar mereka mengikuti kursus kahwin, hujung minggu lalu

Pada kursus yang diikuti pada hari Sabtu dan Ahad di sebuah lokasi di Setiawangsa yang juga berhampiran salun kepunyaannya, Rizal atau mesra disapa Jejai turut menemaninya
Menambahkan lagi spekulasi tarikh hari bahagianya semakin dekat apabila gambar Fasha mencuba gaun pengantin turut disebarkan di portal hiburan, begitu juga beberapa keping gambar berdua diabadikan seakan menunjukkan khusus untuk praperkahwinan
Terdahulu, pelakon yang mengakui akan mengadakan majlis perkahwinan di luar negara itu pernah mengeluarkan kenyataan, dia hanya akan mengundang enam teman media yang dipercayainya saja ke majlis bersejarahnya nanti
Akuinya, biar tiada niat mahu merahsiakan perkara baik, Fasha lebih senang membiarkan peminat berteka-teki dengan alasan belum bersedia dan hanya menunggu waktu yang sesuai
Difahamkan Jejai yang juga anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, sudah pun bertemu keluarga pihak perempuan untuk merisik
