gambar abby abadi bertudung selepas balik umrah

Gambar Abby Abadi bertudung selepas balik Umrah

Abby Abadi ke Mekah menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah merealisasikan niat suci beliau iaitu untuk bertudung

abby abadi bertudung terbaru gambar abby abadi bertudung selepas balik umrah

Gambar – Abby Abadi di Kota Mekah

sumber berkata,hasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama

Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini

Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling

Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa

Bercerita mengenai pengalaman menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar

Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca