GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING MOHON MAAF

Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan

Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi,berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah

Gambar Adira AF8 pegang anjing GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING MOHON MAAF

Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya

Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam

Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,katanya

Adira AF8 GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING MOHON MAAF

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut

Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah

Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu

Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,katanya

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca