gambar bakal suami penyanyi nurul wahab
Inilah gerangan lelaki Perancis yang bakal menjadi suami kepada penyanyi Nurul Wahab.Mereka akan bernikah pada 6 Jun 2012 di majlis pernikahan yang bersederhana

Gambar dari – www.myartis.com
Bercerita tentang bakal suaminya itu yang bernama Eric Daniel Depp, Nurul memberitahu terbuka pintu hati untuk menerima Eric kerana lelaki itu menepati ciri-ciri calon suami yang diidamkan selama ini
Nurul juga memberitahu bahawa bakal suaminya itu sudah pun memeluk agama Islam pada Februari lalu. Tambahnya lagi, dia yakin boleh membimbing Eric mendalami Islam kerana lelaki itu mudah menerima budaya dan juga pegangan masyarakat Timur
Terdahulu,perkahwinan kali pertama Nurul Wahab bersama Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas bertahan selama 11 tahun dengan penceraian secara baik pada tahun 2007