gambar nikah nurul wahab
Gambar nikah Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp

Nurul Huda Abdul Wahab sah menjadi isteri kepada jejaka dari Perancis, Eric Daniel Depp selepas mereka diijabkabulkan dalam satu majlis pernikahan bertemakan taman Inggeris di Duchess Place, Jalan Ampang pada 6 Jun 2012
Mereka dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam WilayahPersekutuan (JAWI), Azizan Othman
Majlis berjalan lancar,dengan hanya sekali lafaz daripada Eric, pengantin perempuan yang diwalikan abangnya, Rizal Abdul Wahab, selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin RM80 dan cek hantaran bernilai 5,000 Euro (RM19,863.35) kira-kira jam 11.20 minit