gambar nora danish di mekah menunaikan umrah
Gambar Nora Danish di Mekah menunaikan umrah
Mungkin ada yang cuba membuat konklusi sendiri,bahawa pemergian Nora Danish ke Mekah menunaikan ibadah umrah adalah untuk membawa diri disaat pernikahan Jejai dan Fasha Sandha

Tetapi tidak,Nora Danish terlebih dahulu menafikannya sebelum pernikahan Jejai dan Fasha berlangsung
Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka
Dalam pada itu Nora juga memberitahu bahawa dia tidak mendapat undangan jemputan pernikahan tersebut
Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya,jelasnya
Difahamkan Nora berada di sana selama 13 hari dan sepanjang mengerjakan umrah anaknya di jaga oleh keluarga Jejai.Rombongan umrah itu juga disertai juga oleh model Azura,Adi Putra dan juga Hizbur Imam Muda musim pertama