gambar perkahwinan ella

Gambar perkahwinan Ella dan Azhar – 7 Julai 2012

Dengan sekali lafaz,Ella yang kini berusia 46 tahun, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali yang berumur sekitar 30-an

Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang kira-kira pukul 10.30 pada malam Sabtu

ella kahwin gambar perkahwinan ella

Dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin

Ella dan Azhar Ghazali terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sebelum majlis akad nikah dimulakan

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media

Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca