gambar perkahwinan mark zuckerberg pemilik facebook

Gambar perkahwinan Mark Zuckerberg pemilik Facebook

Pemilik laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg telah melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Priscilla Chan seorang wanita berbangsa Cina-Amerika.Majlis tersebut dihadiri sekitar 100 tetamu di kediaman Zuckerberg di Palo Alto, California

mark kahwin 1 gambar perkahwinan mark zuckerberg pemilik facebook

Ia berlangsung sehari selepas Facebook membuat Tawaran Awam Awal (IPO) bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka

Mark kini berusia 28 tahun manakala Priscilla Chan berumur 27 tahun.Pada majlis tersebut Mark memberikan sebentuk cincin batu delima kepada Chan

Menariknya hadirin menjangkakan majlis itu merupakan sambutan hari graduan Priscilla, tetapi mereka dikejutkan dengan majlis perkahwinan

Antara tetamu yang hadir termasuk Ketua Pegawai Operasi Facebook, Sheryl Sandberg

Pada majlis yang diadakan secara tertutup itu, Zuckerberg memakai sut biru gelap dengan kemeja putih dan bertali leher.Chan memakai gaun perkahwinan berwarna putih

Mereka juga telah menukarkan status di Facebook sebagai sudah berkahwin

Persediaan perkahwinan itu dirancang selama beberapa bulan kerana Zuckerberg menunggu Chan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Sekolah Perubatan San Francisco, Universiti California

Zuckerberg yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula berkenalan dengan Chan di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004

Menurut profil Chan, dia merupakan graduan Universiti Harvard pada tahun 2007

Dia kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Sekolah Harker, San Jose sebelum mengikuti pengajian dalam bidang perubatan

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca