gemuk? ada aku kisah – aishwarya rai

Gambar – Aishwarya Rai bergaya di depan kamera pada Festival Filem Cannes di Perancis kelmarin
Mungkin ungkapan ada aku kisah ini dilahirkan dalam hati aktres Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan tatkala perubahan bentuk badannya yang makin berisi selepas melahirkan anak pertama diperkatakan oleh media di seluruh dunia
Oleh kerana kebanyakan selebriti dunia lain yang begitu mementingkan penjagaan berat badan,faktor ini menyebabkan Aishwarya Rai dijadikan bahan bualan peminat di seluruh dunia
Namun dia memberitahu, dia gembira dengan bentuk tubuhnya sekarang dan dia tidak bimbang tentang tanggapan peminat terhadap dirinya
Seseorang pelakon akan sentiasa menjadi tumpuan, akan ada pelbagai tanggapan,katanya
Ya, memang ada tanggapan negatif tetapi saya tidak kisah,tambahnya lagi
Dia yang merupakan isteri kepada hero Bollywood, Abhishek Bachchan turut menolak saranan peminat agar dia berdiet supaya kembali langsing
Saya gemar makan dan tidak pernah mengamalkan diet yang ketat, tegas aktres tersebut – petikan temubual dari Agensi