INIKAH BAKAL SUAMI ANA RAFFALI

Di dalam kesibukan finalis Anugerah Juara Lagu (AJL26) membuat persiapan terakhir untuk beraksi di pentas final AJL 2012,Peminat di’kejutkan berita gembira bahkan di tunggu-tunggu,berita yang mengatakan bahawa Ana Raffali yang juga merupakan salah seorang finalis AJL ini akan melangsungkan perkahwinan

Disebabkan berita yang tersebar ini ramai pihak yang menghubungi Ana untuk mengetahui kesahihan perkhabaran gembira ini.Hasilnya apabila Ana di hubungan oleh portal hiburan gua.com.my untuk mendapat pengesahan

Ana sendiri mengesahkan akan berkahwin pada bulan Februari depan bersama jejaka pilihan hatinya Aznaim Abdullah pada gambar dibawah

Gambar bakal suami Ana Raffali INIKAH BAKAL SUAMI ANA RAFFALI

Namun Ana enggan lagi mengumumkan tarikh sebenar perkahwinan mereka buat masa sekarang kerana ingin memberitahu umum dengan mengadakan sidang media pada Selasa hadapan

Berikut merupakan petikan Ana Raffali yang membuktikan berita perkahwinan yang tersebar ini adalah benar

“Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak.

Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu,” ujar Ana membuka cerita.

Dalam masa yang sama, Ana juga mengakui yang dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinannnya itu.

“Sekarang ini Ana tengah buat hantaran untuk diberikan kepada pihak lelaki. Selain itu Ana juga sudah memilih perancang perkahwinan dan pereka fesyen untuk majlis itu nanti. Tapi, biarlah nama mereka ini Ana umumkan minggu hadapan.  Takut nanti ada pihak yang berkecil hati kalau Ana ceritakan semuanya di sini. Lagipun, Ana hendak menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar Ana lagi

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan tahniah kepada Ana Raffali dan Aznaim Abdullah.Semoga apa yang di aturkan itu berjalan mengikut seperti yang dirancangkan.Amin

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca