isu isteri kedua sham kamikaze dan nurul halimin

Nurul Halimin dan Sham Kamikaze
“Tanyalah Sham sendiri,” katanya ringkas,jawapan yang berikan oleh Nurul Halimin melalui adiknya iaitu Maulana yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia kelapan (AF8) apabila media mstarOnline meminta mengulas isu isteri kedua Sham
Dalam pada itu Maulana yang menjadi sasaran media untuk merungkai kontroversi ini meminta pihak media supaya bertanya kepada empunya badan sendiri
“Rasanya, bukan saya yang patut ditanya kerana saya enggan memberi sebarang komen
“Lebih baik jika ia ditanya sendiri kepada tuan punya badan atau rakan-rakan terdekatnya,” kata Maulana yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis
Kemelut yang melanda berpunca apabila Sham dikatakan merahsiakan perkahwinan keduanya daripada pengetahuan isteri pertama beliau
Sham juga dikatakan menafikan status perkahwinan tersebut dan menyifatkan ianya adalah gosip
Diberitakan pula bahawa Keluarga Nurul Halimin kesal Sham Kamikaze masih enggan mengakui dia sudah bernikah dengan wanita berkenaan
Sumber terdekat keluarga tersebut berkata Sham yang kini bergelar pendakwah bebas bersikap tidak jujur kerana sehingga kini masih menafikan pernikahan mereka yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu
“Memang benar Sham dan Halimin sudah bernikah tetapi kenapa dia masih lagi menafikan hal tersebut?
“Bukankah perkahwinan itu satu berita yang perlu diberitahu kepada umum agar ia tidak menimbulkan fitnah?
“Keluarga Halimin sedih apabila dia bersikap sedemikian sedangkan dia seorang pendakwah. Bukan itu caranya dia mengendalikan masalah,” katanya kepada mStar Online