isu status redza syah suami irma hasmie duda tidak menjadi masalah

Isu status suami Irma Hasmie duda tidak menjadi masalah

Terdahulu,tersebar dengan meluas gambar yang dikatakan perkahwinan Redza Syah dan bekas isteri beliau di internet.Apakah motif disebalik penyebaran foto itu tidak dapat dipastikan

foto irma dan redza isu status redza syah suami irma hasmie duda tidak menjadi masalah

Impak dari penyebaran foto dan persoalan mengenai status suami,tidak mendatangkan masalah pun kepada pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu malah berdiam diri adalah tindakan wajar yang perlu dilakukannya

Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew daripada portal murai.com.my

Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan

Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya,katanya

Tambah beliau lagi,”Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW

Dalam pada itu,Irma turut menasihati semua supaya mendoakan kebahagiaan kepada pasangan yang baru berumahtangga

Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan,

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca