KEPUTUSAN AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU 2012

Keterujaan anda dalam mencari jawapan kepada teka-teka yang bermain di minda, siapakah yang bergelar Juara AJL26,membuatkan anda menjumpai laman ini.Terima kasih kami ucapkan

Peringkat final Anugerah Juara Lagu ke 26 ini bermula daripada 30 buah lagu yang meraih markah tertinggi dalam carta Muzik-Muzik sepanjang tahun 2011 yang dilayakkan ke Separuh Akhir dan dinilai semula untuk mencari 12 buah lagu yang layak ke Final

Hasilnya malam ini merupakan acara kemuncak untuk menobatkan diantara salah sebuah daripada 12 lagu tersebut sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 26

keputusan juara AJL 26 KEPUTUSAN AJL 26 ANUGERAH JUARA LAGU 2012

Terdahulu ,AJL26 ini merupakan kali ketiga,lagu-lagu yang terlibat tidak dibahagikan kepada kategori setelah pengkategorian dimansuhkan pada musim 2009 gara-gara kelesuan kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif

Keputusan ANUGERAH JUARA LAGU 2012 ( AJL26 )

Juara Anugerah Mobile Celcom – lagu Sedetik Lebih

Persembahan terbaik –  Lagu Kisah Hati (Alyah)

Vokal terbaik – Lagu Awan Nano (Hafiz)

Tempat ke 3 – Lagu Karma (Faizal Tahir)

Naib Juara – Lagu Beribu Sesalan (Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah)

Juara AJL ke 26

Lagu Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

Hadiah AJL ke 26

Juara AJL26:  -  trofi dan wang tunai RM36,000

Naib Juara AJL26: – trofi dan wang tunai RM15,000

Tempat Ketiga: – trofi dan wang tunai RM12,000

Persembahan Terbaik: – trofi dan wang tunai RM10,000

Vokal Terbaik: - trofi dan wang tunai RM10,000

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca