KHAIRUL FAHMI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN LEUNIEY NATASHA

Rupanya gosip yang menjadi bualan hangat di internet dikaitkan dengan Khairul Fahmi dan Lieniey Natasha

Memang panas apa yang digosipkan,melalui entri di beberapa blog ada yang mengatakan Leuniey Natasha ini adalah penyebab hubungan cinta Apek dan Dahlia Teck putus dan ada juga yang membuat spekulasi bahawa Leuniey sanggup putus tunangan sebab tergilakan Apek

Secara keseluruhannya gosip ini melibatkan maruah dan kredibiliti individu yang menjadi sasaran

Gambar Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi KHAIRUL FAHMI NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN LEUNIEY NATASHA

Namun dilaman blog milik kelab peminat Khairul Fahmi,mereka menafikan sekeras-kerasnya bahawa gosip liar ini tidak benar.

Khairul Fahmi @ Apex sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai apa2 hubungan dengan gadis ini dan ternyata gossip ini adalah tuduhan liar yang berniat untuk menjatuhkan kredibiliti Khairul Fahmi sekali lagi

Dalam pada itu mereka juga(kelab peminat Khairul Fahmi) menyarankan agar peminat Apek yang lain supaya tidak mempercayai khabar angin yang tersebar meluas di internet ini

Sudah-sudahlah… Carilah gossip-gossip yang lain pula.. Kami di Kelab Peminat Khairul Fahmi lebih rapat dan arif tentang Apex. Oleh itu, kamilah sumber maklumat yang lebih dipercayai daripada sumber-sumber Internet diluar sana

Konklusinya,mulut tempayan sebesar mana pun boleh ditutup rapat-rapat,kalau mulut insan yang bergelar manusia ini,hanya masa yang menentukan

Kami disini berharap semoga Apek terus maju dalam karier bola sepak mahupun apa jua bidang yang diceburi oleh beliau

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca