Mari kita berdoa semoga kesihatan Azean Irdawaty pulih

Mari kita berdoa semoga keadaan kesihatan Azean Irdawaty pulih.Beliau merayu kepada orang ramai untuk memberikannya “hadiah” sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 tahun pada Isnin (semalam) dengan mengadakan solat sunat hajat untuknya

Gambar azean irdawaty di hospital Mari kita berdoa semoga kesihatan Azean Irdawaty pulih

Azean yang lahir pada 27 Februari 1950 berkata, keadaan kesihatannya menjadi semakin kritikal akibat penyakit Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini

Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta “hadiah” sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online

Dalam SMS itu Azean memberitahu, keadaan kesihatannya bertambah teruk apabila dia merasakan tulang pada bahagian belakang badannya bertambah sakit manakala kakinya juga menjadi kebas

Selain itu, badannya juga berasa panas dan dia amat tertekan dengan situasi yang dihadapinya itu menyebabkan dia terpaksa memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya

Saya rasa panasnya macam api dalam daging. Azab rasanya. Tolonglah saya (menunaikan solat hajat),pintanya

Sementara itu mStar Online dimaklumkan beberapa rakan artis sedang berusaha untuk menguruskan solat hajat di beberapa buah masjid sebagai memenuhi keinginan seniwati tersebut selain berharap kesakitan yang dialaminya itu berkurangan

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca