meera isteri ketiga tauke gambar
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand

Foto Meera dan Tauke
Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah
Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini
Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi, katanya
Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan