osman kering kritikal

Osman Kering kritikal di  Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Pelakon dan pelawak, Osman Kering berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim yang kini berusia 58 tahun,dimasukkan ke hospital itu pada pukul 6.45 petang semalam dikhabarkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering

Terdahulu tersebar berita yang mengatakan beliau meninggal dunia menerusi blog-blog tertentu,Ekoran itu Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan menafikan dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini

Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa,ujarnya

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca