PELAKON EYKA FARHANA TAKUT KAMERA RUPANYA
Di sebalik pesona lakonannya dalam siri popular Juvana, tidak ramai penonton drama bersiri tersebut menyangka bahawa dia hanyalah remaja berusia 16 tahun
Melalui siri itu jugalah, Eyka Farhana berjaya meletakkan dirinya dalam ruang tersendiri. Tanpa banyak publisiti, lakonan spontannya kini berjaya mencuri perhatian pengarah-pengarah besar
Bagi pelakon remaja yang belum mencapai usia dewasa, Eyka pasti berbangga
Dia sudah tiga kali berturut-turut disunting Bade Azmi untuk membintangi tiga buah produk dalam tempoh kurang setahun
Drama tersebut termasuklah Sejadah Kaabah yang ditayangkan Mei lalu manakala, Puteri Pulau Tuba serta Miang Buluh Keladi Birah masih belum disiarkan
Saya pun tak menyangka akan kerap bekerja dengan Uncle Bade, sampai tiga kali dalam tahun ini. Mula-mula memang saya diberi tunjuk ajar sepenuhnya dari aspek lakonan
Dia pengarah yang mengagumkan. Dalam Puteri Pulau Tuba, saya masih kekok-kekok juga tapi bila buat Miang Buluh Keladi Birah, saya nampak pengarah sudah mula puas hati dengan kerja saya
Sebelum ini, saya sukar untuk buat babak menangis, tapi baru-baru ini saya dapat menangis dengan mudah,laju anak kedua daripada empat beradik itu mengatur bicara
Mengimpikan peluang melakonkan watak jahat, Eyka sebenarnya belum meletakkan harapan besar untuk terus membina nama dalam bidang seni
Saya masih terlalu baharu, nak terima undangan sesi fotografi pun masih takut-takut. Lagipun saya muda lagi untuk terlalu serius dalam pekerjaan
Saya anggap lakonan sebagai aktiviti sampingan selain belajar, dapat cari duit untuk tampung keperluan sendiri dan bantu keluarga sikit-sikit
Saya memulakan lakonan pada awal usia, tempoh untuk saya naik atau jatuh juga cepat. Jadi saya tak mahu beri sepenuh perhatian dalam lakonan, kalau ada rezeki, saya teruskan,katanya yang akan memulakan sesi persekolahan 2012 di tingkatan lima pada Rabu ini
Bakal bergelar si manis 17 tahun menjelang 3 Februari nanti, tahun 2012 menjadi tahun kemuncak buat seorang remaja sebelum memasuki fasa yang lebih matang
Saya akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun nanti, jadi fokus kepada akademik kena lebih sikit, tak boleh ambil projek besar-besar, setakat telemovie bolehlah,” katanya
Sedang di lokasi penggambaran drama bersiri Mencari Athirah sehingga hujung bulan nanti, malam ini Eyka bakal bergandingan dengan Fahrin Ahmad dan pelakon baru Eina Azman dalam sebuah telemovie menarik bertajuk Jatuh Cinta
Drama Jatuh Cinta mengisahkan perkahwinan gadis kampung, Manisah dengan Badrul (Fahrin) yang mempunyai seorang anak bernama Tasha. Kehadiran Manisah mulanya dipandang negatif oleh Tasha lakonan Eyka
Saya bawa watak anak manja dan terlalu sayangkan bapa saya, bila dia berkahwin dengan gadis seusia saya, sesiapapun boleh ada perasaan negatif tapi bila lama-lama hidup bersama, barulah kami saya nilai sebuah ikatan, tutup bersulam tawa






