pelakon kartina aziz rugi rm10 ribu

Pelakon Kartina aziz rugi RM10 ribu – kereta dipecahkan pencuri

kartina aziz pelakon kartina aziz rugi rm10 ribu

Kartina Aziz kerugian hampir RM10,000 termasuk RM4,000 wang tunai selepas kereta Toyota Camry miliknya yang diletakkan di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman dipecahkan pencuri

Pelakon berusia 57 tahun itu dikatakan datang atas urusan penggambaran filem dan singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur pada jam 1.30 tengah hari

Mangsa meninggalkan beg tangannya yang mengandungi wang tunai RM4,000, pelbagai perhiasan, komputer tablet, cermin mata berjenama dan dokumen peribadi di kerusi pemandu sebelum mengunci pintu keretanya dan bergegas ke dalam masjid

Menurut sumber, selepas menunaikan solat, mangsa terkejut apabila mendapati pintu keretanya bahagian pemandu terkopak akibat diumpil, manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Kemaman, Che Suza Che Hitam yang mengesahkan menerima laporan berkenaan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri