PENYANYI IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, dipercayai akibat jangkitan kuman pada paru-paru

Izwan,dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang beberapa jam selepas dimasukkan ke wad

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi media mengesahkan berita sedih ini.Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang

izwan pilus meninggal dunia PENYANYI IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada pagi Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang

“Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih,” kata Shaiful lagi

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Pusat Rawatan Islam akibat demam panas yang berpanjangan

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca