penyanyi sam d’lloyd meninggal dunia

Penyanyi Sam D’lloyd meninggal dunia

Penyanyi kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D’lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu.Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun

Sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan D’lloyd iaitu Bartje Van Houten ketika dihubungi media Indonesia memberitahu, Sam meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini

Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia,ujarnya

Tambah Bartje, jenazah akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta

Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca