penyanyi toki difitnah jadi peminta sedekah

Penyanyi To’ki difitnah jadi peminta sedekah

toki terkini penyanyi toki difitnah jadi peminta sedekah

Berita mengenai penyanyi popular era 90 an, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur yang dituduh menjadi peminta sedekah di Pasar Borong Selayang mula tersebar di laman facebook dan kemudiannya disebarkan menerusi laman blog di internet

Impak daripada penyebaran maklumat yang meluas di internet memaksa beliau tampil dengan menafikan dirinya bukan peminta sedekah seperti yang diwar-warkan

To’ki melalui kenyataan di mstar.com.my berkata,cerita berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dia benar-benar tidak menyangka ada pihak sanggup menuduh dan memalukan dirinya seperti itu

Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai

Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online

Tambahnya, rumah dia juga berdekatan dengan lokasi pasar tersebut yang menyebabkan dia kerap ke sana.

Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?

Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu,”katanya

Bagaimanapun kata To’ki, dia telah memaafkan sesiapa sahaja yang telah membuat fitnah tersebut dan berharap mereka menyesal dengan tuduhan itu

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca