perkahwinan fasha sandha tidak dapat restu keluarga
Disebalik kebahagian yang dikecapi oleh Fasha Sandha selepas mendirikan rumahtangga dengan Jejai,terpalit juga spekulasi kononya perkahwinannya tidak mendapat restu keluarga dari pihak lelaki
Namun,Fasha yang dihubungi oleh mstar online enggan mengulas lanjut soalan yang ditanya

Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu, ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura
Bercakap mengenai kehidupannya yang kini sebagai isteri, Fasha berkata, dia masih belajar bagaimana ingin menjadi seorang isteri yang baik namun memberitahu sedang meniti hari bahagia
Terdahulu Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara
Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.
Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan