rajesh khanna pelakon bollywood mati akibat kanser

Bapa kepada aktress terkenal bollywood,Twinkle Khanna meninggal dunia di usia 69 tahun.Media India melaporkan punca Rajesh Khanna meninggal dunia adalah disebabkan penyakit kanser
Beliau yang berkahwin dengan heroin filem Bobby, Dimple Kapadia berlakon dalam lebih 160 buah filem termasuk yang terkenal Kati Patang, Aaradhana, Andaz, Haathi Mere Saathi dan Amar Prem
Khanna dan bekas isterinya Dimple mempunyai dua orang anak perempuan Twinkle Khanna yang berkahwin dengan aktor Akshay Kumar dan Rinke Khanna yang berkahwin dengan ahli perniagaan Sameer Saran
Peminat-peminatnya sudah mula berkumpul di luar rumahnya di pinggir Aashirwad, Carter Road, Bandra sebaik sahaja berita mengenai kematiannya diketahui
Mendiang telah pergi ke tempat yang terbaik dan yang tenang. Kami gembira beliau telah kembali ke tempat itu, kata menantunya, Akshay Kumar yang juga seorang pelakon