robin gibb penyanyi kumpulan bee gees meninggal dunia

Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang dilaporkan koma sebelum ini meninggal dunia pada usia 62 tahun, pagi Isnin
Beliau meninggal dunia akibat selepas sekian lama bergelut dengan penyakit barah hati dan kolon
Kematian Gibb disahkan oleh ahli keluarganya
Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini (pagi Isnin) selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan
Kami memohon supaya tidak diganggu pada saat ini,kata keluarga penyanyi itu dalam kenyataan
Barry, Maurice dan Robin Gibb mencipta nama dalam dunia pop pada 1970-an dengan lagu-lagu popular termasuk “How Deep Is Your Love”, “Stayin’ Alive”, dan “Night Fever”
Kumpulan tersebut meraih penjualan album sebanyak 200 juta salinan, meletakkan mereka sebaris Rolling Stones dan Pink Floyd