rumah sharifah shahira kena rompak

Lagi berita mengenai rumah selebriti di rompak,kali ini nasib serupa menimpa pelakon dan pengacara popular Sharifah Shahira di mana beliau kehilangan sejumlah barang kemas dan mata wang Indonesia selepas rumahnya di Taman Melawati, dimasuki perompak
Kejadian yang berlaku malam kelmarin itu,hanya disedari Shira ketika dia bersama suaminya, Ijoy Azhari pulang ke rumah pada pukul 2.30 pagi selepas menjalani sesi penggambaran di Miri, Sarawak
Hanya tiga anaknya berusia antara tiga hingga lapan tahun berada di tingkat bawah kediaman berkenaan bersama pembantu rumah.Mujur kewujudan mereka di rumah tidak disedari perompak terbabit
Tambah Shira lagi, dia yang keluar rumah pada pukul 7.30 pagi kelmarin terkejut apabila mendapati pintu balkoni di bilik tidur utamanya di tingkat atas telah diumpil
Setelah melakukan pemeriksaan,beliau mendapati sejumlah mata wang asing dan barang kemas miliknya yang bernilai RM1,500 telah dilarikan