siaran langsung konsert kenangan sudirman 3 jun 2012
Astro akan mengadakan Konsert Kenangan Sudirman pada malam ini, hari Ahad jam 9 malam di Stadium Bola Sepak, Cheras, Kuala Lumpur sempena memperingati 20 tahun pemergian Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad
Konsert ini menampilkan selebriti-selebriti terkenal tanahair antaranya Jaclyn Victor, Misha Omar, Hafiz, Adira, Azlan and the Typewriter, Didie Alias, pelakon Hoore! Hoore! The Musical, Hujan, Ziana Zain, Osbon dan Dato’ Siti Nurhaliza.Konsert ini akan dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal
Bagi mengimbaukan kembali kenangan dan kejayaan Allahyarham,Artis yang menyertainya akan menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan sendiri oleh allahyarham
Menariknya konsert ini juga dapat disaksikan di seluruh dunia menerusi aplikasi live streaming di laman pengkongsian video yang popular Youtube
Bagi yang tidak dapat menyaksikan secara langsung di Stadium Bola Sepak, Cheras mahupun di kaca tv Astro Prima,anda boleh melayari internet di url http://www.youtube.com/njoiprima

