tisha protege baru ferhad mentor 6 konsert minggu pertama
Tisha adalah protege baru kepada Ferhad yang menggantikan Wanie ekoran terpaksa menarik diri daripada pertandingan Mentor musim ke 6 TV3 kerana masalah kesihatan
Nama sebenarnya Shanorbiah bt Shamsir Alam yang sebelum ini pernah menempa nama melalui sebuah lagi program nyanyian realiti iaitu Audition, siaran ntv7 pada tahun 2004
Tetapi ketika itu dirinya dikenali sebagai Shanor
Meskipun hanya mempunyai tempoh masa 48 jam untuk menyiapkan diri bagi konsert pertama Kumpulan A malam tempoh hari, ternyata Tisha tidak sia-siakan kepercayaan yang diberi Ferhad
Bersandarkan dua buah lagu, “Kaulah Segalanya” (persembahan solo) dan “Rindu Bayangan” (duet bersama Ferhad), Tisha berjaya memikat hati juri tetap Dato’ Sharifah Aini dan Edry Abdul Halim (menggantikan Dato’ Ramli MS).
Kedua-duanya memuji persembahan Tisha dan sekaligus memberinya 33 markah membawa jumlah markahnya ke 55 (14 markah dari juri awam dan 8 markah dari undian SMS).
