video bella belajar berenang dan menyelam anak dr sheikh
Kami tertarik menonton video yang berdurasi 3:11 minit dibawah yang menunjukkan bagaimana angkasawan pertama negara Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri beliau Dr Harlina mengajar anak mereka,Sophea Isabella (Bella) teknik-teknik berenang dan menyelam
Tidak seperti di barat,Di Malaysia jarang sekali kita melihat ibubapa yang meluangkan masa melakukan aktiviti sebegini.Tambahan pula mentaliti segelintir ibubapa dalam masyarakat melayu mereka menganggap aktiviti ini terlalu kejam untuk dipratikkan kepada bayi yang baru bulanan usianya
Tetapi mereka tidak sedar,kajian menunjukkan ianya memberi implikasi positif kepada bayi dari sudut tindak balas, tumpuan, kepintaran dan kecerdasan, tabiat sosial, keyakinan diri, kebebasan, serta mampu menangani situasi di luar jangkaan di masa hadapan
Bak kata pepatah melayu melentur buluh biar dari rebungnya