VIDEO KENYATAAN AZWAN ALI DAN UMMI HAFILDA MENANGIS

Benar kata peribahasa Air yang dicincang tidak akan putus

Akhirnya persengketaan diantara dua beradik ini tamat apabila masing-masing saling bermaafan terutamanya Azwan Ali dimana sebelum ini beliau ditahan diatas dakwaan membuat ugutan berbaur Jenayah di laman sosial twitter terhadap adiknya sendiri,Ummi Hafilda

Justeru itu Ummi telah membuat laporan polis kerana bimbangkan akan keselamatannya.Setelah perbincangan keluarga dilakukan,Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini

Gambar Azwan Ali menangis VIDEO KENYATAAN AZWAN ALI DAN UMMI HAFILDA MENANGIS

Ummi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin

Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan

Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir

Azwan Ali juga dilihat menangis ‘Sebak’ bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis

Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup

Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca