video rumah banglo mawi kena rompak 4 lelaki warga asing

Video banglo Mawi kena rompak 4 lelaki warga asing – Mawi risaukan keselamatan Cahaya Malaika

Mawi hanya memikirkan keselamatan bayinya, Cahaya Malaika yang berusia sebulan sebaik dikejutkan perompak yang mengacukan parang ke mukanya

Gambar rumah mawi video rumah banglo mawi kena rompak 4 lelaki warga asing

Gambar rumah banglo Mawi

Dia yang baru melelapkan mata sebaik tiba di kediamannya di Bangi Golf Resort pada jam 2 pagi selepas menyertai Konsert Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 di Pasir Gudang, Johor, bimbang empat lelaki bersenjatakan parang itu mencederakan anak sulungnya itu

Bagaimanapun, Mawi berkata, dia bersyukur apabila melihat perompak terbabit tidak mengapa-apakan anaknya yang tidur nyenyak

Menceritakan detik cemas itu, Mawi,berkata, empat lelaki warga asing terbabit dipercayai memecah masuk banglonya melalui tingkap tepi yang tidak mempunyai gril selain menggunakan tangga untuk memanjat pagar

Menurutnya, dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, dia, isteri, Nor’Ashikin Rahmat,atau Ekin serta ibu mentuanya, Fatimah Saad,tidur sebilik manakala nenek mereka, Salmah Sahan berada di bilik sebelah manakala seorang pembantu rumah di tingkat bawah

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca