video terakhir bob kuman sebelum meninggal dunia
Sebelum itu,marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Bob Kuman yang telah kembali ke rahmahtullah pada hari Khamis pukul 4.38 petang di kediaman di Kota Damansara

Menurut Mazidul Akma Sidek,punca Bob Kuman meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair
Sumber berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan dan akan dikebumikan pada hari Jumaat
Allahyarham sempat mendokumentasi sebuah video sebagai tanda ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada rakan artis atas kesudian meghulurkan bantuan sebelum ini
Terdahulu, Bob pada 21 April kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah terhadap dirinya dengan mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan masyarakat