video youtube parodi gangnam style siti nurhaliza
Fenomena lagu dan tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy kini menular ke Malaysia dan ia turut membabitkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza

Selepas banyak parodi lagu tersebut dibuat, kini sebuah parodi Gangnam Style Datuk Siti Nurhaliza pula sedang mendapat perhatian di YouTube. Parodi ialah karya seni yang meniru gaya pencipta lain dengan cara yang melucukan
Klip video parodi dengan durasi lebih empat minit tersebut dihasilkan sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Sitizoner
Ia menampilkan kompilasi klip video persembahan Siti Nurhaliza dari zaman muda sehingga terkini dengan variasi lagu pop, balada dan irama asli daripada penyanyi berusia 34 tahun tersebut
Mengulas tentang klip video Gangnam Style versi penyanyi itu yang dihasilkan peminatnya, Siti Nurhaliza menyifatkan penghasilan parodi itu sebagai sesuatu yang sangat kreatif