WARDINA DITUDUH BERLAKON DALAM KES SAMUN TEMPOH HARI

Biarpun masih lagi dalam situasi trauma,pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah dikejutkan dengan sebuah entri oleh seorang penulis blog tempatan yang mempertikaikan kejadian tersebut,dalam penulisannya seolah-olah mempersoalkan adakah kejadian samun itu benar-benar berlaku ataupun hanyalah sekadar lakonan untuk meraih publisiti serta simpati dari umum

Persoalan ini timbul mungkin disebabkan kenyataan Wardina yang berkongsi peristiwa samun itu dan juga tindakan Wardina yang berada dalam keadaan trauma tetapi sempat meminjam komputer milik jiran beliau untuk berkongsi detik-detik kejadian tersebut bersama umum menerusi Twitter miliknya.Apa yang dipersoalkan oleh penulis blog tersebut seperti “point” dibawah

wardina WARDINA DITUDUH BERLAKON DALAM KES SAMUN TEMPOH HARI

Justeru itu Wardina menjemput  penulis blog itu menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar

Dalam pada itu Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh penulis blog tersebut seperti yang diminta

“Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

Beliau tidak berasa terkesan dengan tulisan tersebut sebaliknya menganggap penulis blog itu terlalu mempunyai banyak masa untuk menulis pelbagai cerita mengenai orang lain

wardina 2 WARDINA DITUDUH BERLAKON DALAM KES SAMUN TEMPOH HARI

Wardina berkata, dia juga tidak risau dengan pandangan masyarakat yang membaca entri tersebut kerana percaya mentaliti masyarakat di negara ini sudah cukup bijak untuk menilai sama ada kejadian tersebut benar atau tidak

Mungkin ada segelintir pihak akan terpengaruh dengan entri tersebut dan memikirkan perkara negatif mengenai diri saya, tetapi saya percaya itu hanya mewakili segelintir pihak sahaja

Hasil daripada tinjauan kami ke laman penulis blog tersebut,dalam entri terbarunya, beliau memohon maaf diatas persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan olehnya sebelum ini

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca