zizan juara super spontan astro

Zizan juara Super Spontan Astro – final

Ternyata dan memang tidak dapat dinafikan bahawa Zizan berhak dinobatkan selaku juara Super Spontan Astro musim pertama 2012

Penganalisis rancangan berimprovisasi ini yang terdiri daripada peminat Super Spontan sudah menjangkakan Zizan akan bergelar juara

Dengan kemenangan Zizan ini,ganjaran hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry menjadi milik beliau sekaligus menambah koleksi kereta yang dimiliki beliau sekarang ini

Manakala Johan bergelar naib juara Super Spontan merangkul hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi dan di tempat ketiga menjadi milik Tauke yang membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi

Tiga peserta lain tidak pulang dengan tangan kosong,Suhaimi, Rahim dan Ropie membawa pulang hadiah saguhati wang tunai RM5000 juga trofi

Untuk menyaksikan para peserta finalis melaksanakan tugasan permainan yang diberikan sila layari tajuk pautan dibawah

Video Super Spontan Akhir 

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca