hit counter
weblog mysumber

bacaan indeks ipu jerebu di melaka 23 jun 2013

16:33 Redaksi Admin
Catatan terkini IPU Jerebu di Melaka 23 June 2013

bacaan ipubacaan indeks ipu jerebu di melaka 23 jun 2013

Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai yang  mencatat bacaan IPU “tidak sihat” pada hari sebelumnya telah menunjukkan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada Ahad, sekali gus  menyaksikan kemerosotan kualiti udara di daerah tersebut

Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka yang sebelum ini mencatat IPU berbahaya iaitu masing-masing 357 dan 334 pada jam 7 pagi kini semakin meningkat dengan bacaan 415 dan 428 jam 11 pagi

Berikut adalah catatan  (IPU) di stesen di kawasan Melaka, yang direkodkan bermula jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang pada hari ini berdasarkan rujukan di Portal rasmi Jabatan Alam sekitar

Status diambil kira menerusi bacaan jam terkini

Lokasi7 AM11 AM5 PMStatus
Bandaraya Melaka357*415*373* bahaya
Bukit Rambai334*428*443* bahaya

Dalam laporan terkini media melaporkan, Ketua Menteri, Datuk Wira Idris Haron mengarahkan semua 313 sekolah rendah dan menengah di negeri ini ditutup serta merta berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sudah mencatatkan tahap krıtıkal serta berbahaya