hit counter
weblog mysumber

BANDUAN JAHIT MULUT PROTES HIDUP DI PENJARA

11:58 Redaksi Admin

Tindakan kurang bijak yang dilakukan,tetapi objektif utama lebih 1,000 banduan Kyrgyzstan menjahit mulut mereka adalah sebagai membantah keadaan hidup di penjara

Tindakan ini juga merupakan  lanjutan daripada mogok lapar selama dua minggu, membabitkan 7,500 banduan yang dilancarkan berikutan serbuan oleh pasukan khas polis terhadap sebuah penjara di Bishkek

Gambar banduan jahit mulutBANDUAN JAHIT MULUT PROTES HIDUP DI PENJARA

Pegawai penjara berkata, unit khas itu dikerah untuk menyuraikan rusuhan oleh banduan yang merosakkan bilik tahanan mereka dan memotong tangan serta perut ketika operasi mencari yang dijalankan pengawal

Banduan yang melancarkan mogok lapar itu menuntut peletakan jawatan Ketua Perkhidmatan Penjara dan pengurus pusat tahanan tempat tunjuk perasaan itu bermula

Kira-kira 6,400 tahanan terbabit dalam mogok itu dan 1,175 menjahit mulut mereka. Bagaimanapun, 200 daripada mereka kemudian meminta bantuan perubatan untuk menanggalkan jahitan itu