hit counter
weblog mysumber

banjir di pahang 3 disember 2013 senarai jalan terlibat

10:46 Redaksi Admin
Banjir di Pahang 3 Disember 2013 : Senarai jalan raya terlibat

Polis kontijen Pahang menerusi laman akaun Facebook rasminya pada Selasa, telah memberikan maklumat tentang senarai jalan raya di beberapa daerah negeri itu yang terjejas dengan bencana banjir

info terkini banjir pahang 3 disember 2013banjir di pahang 3 disember 2013 senarai jalan terlibat

banjir di pahang 3 disember 2013 senarai jalan terlibat

Maklumat yang diberikan itu sangat berguna kepada orang ramai bagi mengelakkan terperangkap dalam kawasan banjir

Berikut adalah senarai jalan raya yang terlibat dengan banjir di sekitar daerah di negeri Pahang

Daerah Rompin
1- Jalan Kg Mentelong (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

2- Jalan Kg Denai (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

3- Jalan Kg But Lepas (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

4- Jalan Sg Mok (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

5- Jalan Mersing – Kota Tinggi (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

6- Jalan Mersing – Kluang (masih boleh dilalui oleh semua kenderaan)

7- Jalan Kg Jubau, Bukit Ibam (boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

8- Jalan Kg Lubuk Batu – Tun Razak (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

9- Kota Bahagia – Kg Meripoh (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

Daerah Maran
1- Jln Kg Bak-Bak (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

2- Jln Ulu Luit (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

3- Jln Kg Baru Jara, hadapan Kuil Marathandavar (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Kg Baru Jara KM 68.5 (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

5-Jln Maran – Jerantut KM 64 Kubur Cina (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

6- Jln Maran – Jerantut KM 61.5 Simpang Lyana Tomyam (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

Daerah Pekan
1- Jln Pekan – Nenasi KM16 (air melimpah & boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Pekan – Nenasi KM9 (tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan)

Daerah Kuantan
1- Jln Sg. Lembing / Sg. Charu KM28 (tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan)

2- Jln Kuantan – Gambang Batu 3 (kenderaan ringan diminta berhati-hati)

3- Hadapan Wisma Belia (boleh dilalui oleh kenderaan berat sahaja)

4- Jln Tok Sira hadapan Jabatan Kimia (boleh dilalui oleh semua kenderaan)

Sebarang maklumat semasa dan terkini  boleh dikuti di laman Facebook Polis Pahang, klik butang Facebook rasmi Polis Pahang

Ataupun menghubungi pusat kawalan “OP Banjir” Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang di talian 09-5052294 atau 09-5052276

Sementara itu, media pada Selasa melaporkan banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah, hari ini

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah terlibat ialah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran

Keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas

Video bergambar bencana banjir di sekitar Kuantan Pahang

Informasi ini disiarkan pada 3.12.2013, Selasa