Berita terkini kes kereta terbakar di LRT Taman Jaya PJ 21.12.2015

16:55 Redaksi Admin

Kereta Terbakar Di LRT Taman Jaya 21 Disember 2015

Satu kebakaran membabitkan beberapa buah kereta berlaku di tempat letak kereta di Stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya (PJ) berhampiran Amcorp Mall pada jam kira-kira 12.50 tengah hari Isnin, 21 Disember 2015

Kebakaran itu memusnahkan enam buah kereta antaranya jenis Toyota Vios, Proton Gen2, Suzuki Swift, Proton Wira, Proton BLM dan sebuah Honda City

Kejadian kebakaran itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat di mana menurut laporan terkini, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki menaiki motosikal yang dipercayai membakar sebuah kereta di lokasi kejadian sehingga menyebabkan lima lagi kereta lain terbakar

Kereta Terbakar Di LRT Taman Jaya 21 Disember 2015 1

Dalam pada itu, pihak polis menafikan kejadian berkenaan berlaku disebabkan letupan bom seperti yang didakwa oleh khabar angin yang tersebar meluas di laman media sosial

Tindakan pihak atau individu tidak bertanggungjawab yang sengaja mengada-adakan cerita itu boleh mencetuskan kebimbangan kepada orang ramai dan ia juga adalah satu kesalahan

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Jalan Penchala dapat memadamkan api dalam masa hampir setengah jam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu

Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share