13 maut dan 20 cedera di panah kilat selepas tarawih
13 maut dan 20 cedera di panah kilat selepas tarawih
Di Sylhet Bangladesh,sekurang-kurangnya 13 orang maut dan 20 yang lain cedera akibat dipanah kilat di luar sebuah masjid selepas selesai menunaikan solat sunat tarawih

Ketua Polis daerah Sylhet, Bayes Ahmed memberitahu, semua mangsa dipanah petir ketika mereka mahu keluar dari bangunan masjid
Ada mangsa yang mati di tempat kejadian, sementara mangsa lain meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.Imam yang mengetuai solat tarawih pada malam itu turut maut.
Sylhet terletak kira-kira 192 kilometer dari ibu negara Bangladesh, Dhaka-Agensi